KUANTAN: Seorang lelaki ditemukan lemas manakala dua rakannya selamat selepas dihanyutkan arus ketika mandi di Sungai Bekelah, Gambang di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata mayat Harun Mahmud, 20, ditemukan pasukan bomba di dasar sungai pada kedalaman tujuh meter, pada 12.54 tengah hari.
"Mangsa (Harun) dikatakan ke sungai itu pada 11 pagi untuk beriadah bersama enam rakan dengan berkonvoi motosikal. Mereka tiba di sungai itu 30 minit kemudian dan mangsa serta dua rakannya dikatakan mahu mandi di tempat lebih dalam.
"Mereka dikatakan dihanyutkan arus, namun dua rakan mangsa dapat berpaut pada dahan pokok manakala mangsa yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) hilang menyebabkan rakannya menghubungi talian kecemasan," katanya yang dihubungi hari ini.
Beliau berkata mayat Harun dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini untuk bedah siasat.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 10 2024
Mayat Harun Mahmud ditemukan pasukan bomba di dasar sungai pada kedalaman tujuh meter, pada 12.54 tengah hari. - Gambar hiasan
TDM akan usul batal kontrak sewaan Black Hawk kepada Kementerian Pertahanan
Tentera Darat Malaysia akan mengusulkan pembatalan kontrak sewaan helikopter Black Hawk TDM kepada Kementerian Pertahanan ekoran kelewatan penghantaran.
'Rhea dah terbelit tali pusat' - Shila Amzah cerita detik bersalin anak kedua
Menurut Shila, dia terpaksa memilih untuk bersalin secara pembedahan sekali lagi (caesarean) kerana bayinya terbelit tali pusat.
Invest Selangor sasar nilai transaksi RM7 bilion melalui SIBS 2024
Invest Selangor Bhd menyasarkan nilai transaksi berpotensi sehingga RM7 bilion daripada Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) tahun ini.
Mendiang Mutang miliki prinsip, nilai kukuh ke arah reformasi Parlimen - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan negara kehilangan individu yang sangat serius dalam usaha reformasi Parlimen dengan pemergian mendiang Senator Datuk Mutang Tagal.
AWANI Ringkas: Polis Puas Hati: Tiada laporan kempen 3R di Kuala Kubu Baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Systema lancar kempen #GumHealthFirst, tingkat kesedaran penjagaan gusi
Systema, pakar perlindungan gusi terkenal dari Jepun komited dalam menangani penyakit gusi yang kini berleluasa di Malaysia menerusi kempen #GumHealthFirst dan memperkenal teknologi berus gigi baharu.
Zii Jia iringi empat wakil negara ke Olimpik Paris 2024
Dua pemain perseorangan dan tiga beregu badminton negara secara rasmi disahkan slot penampilan ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Ratusan ibu di Mexico berhimpun, tuntut kehilangan anak
Ratusan wanita Mexico yang mencari anak mereka yang hilang berhimpun di Mexico City pada Jumaat.
Protes sempena Hari Ibu itu dilakukan bagi memberi tekanan kepada pihak berkuasa supaya melakukan lebih banyak lagi untuk mencari orang tersayang mereka.
Protes sempena Hari Ibu itu dilakukan bagi memberi tekanan kepada pihak berkuasa supaya melakukan lebih banyak lagi untuk mencari orang tersayang mereka.
Pendengaran kes Jacob Zuma bermula Jumaat
Mahkamah tertinggi Afrika Selatan memulakan proses mendengar hujah undang-undang pada Jumaat sama ada bekas presiden Jacob Zuma boleh bertanding bagi kerusi parlimen.
Keputusan kes tersebut akan menjejaskan pilihan raya di seluruh negara itu pada 29 mei dan boleh membawa kepada masalah keselamatan jika beliau kalah.
Keputusan kes tersebut akan menjejaskan pilihan raya di seluruh negara itu pada 29 mei dan boleh membawa kepada masalah keselamatan jika beliau kalah.
KKB Memilih: Tetap bersemangat walaupun berkerusi roda, bertongkat
Biarpun berdepan kekangan dari segi fizikal, tetapi warga emas berusia 75 tahun ini menjadi pengundi pertama yang selesai menjalankan tanggungjawab bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.
Lelaki lemas di Air Terjun Batu Berangkai
Kam Kah Kit yang berumur sekitar 20 tahun maut selepas lemas di Air Terjun Batu Berangkai, Kampar pada Jumaat.